RSS

PENETAPAN MATLAMAT

06 Jun

Matlamat adalah amat penting dalam karier jualan.  Jadi amat penting bagi setiap jurujual atau perunding dalam apa jua bidang mengetahui cara yang TEPAT di dalam membuat penetapan matlamat.  Matlamat amat penting kerana ia akan MENDIDIK kita agar lebih berdisiplin dan juga teratur dalam setiap perancangan sekarang mahupun di masa akan datang. Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa dengan mengetahui cara penetapan matlamat yang betul membantu ANDA menyelesaikan banyak masalah di dalam bidang jualan.  Itu akan terungkai dalam tips Konteks Kehidupan yang akan datang.  Tetapi sekarang kita akan berbicara mengenai Penetapan Matlamat atau Goal Setting

Berikut adalah proses bagi membuat Penetapan Matlamat – GOAL SETTING.

Langkah 1

Kenal Pasti Matlamat

Bagi mengetahui apa sebenarnya MATLAMAT utama dalam kehidupan anda, ianya adalah 5 Perkara Pertama yang boleh atau akan anda fikirkan apabila berbicara mengenai matlamat.  Sebab 5 Perkara Pertama yang muncul di fikiran anda adalah perkara yang sering bermain difikiran anda.  Anda boleh mempunyai lebih dari 5 matlamat.  Mungkin 6, 7, 8 atau lebih.  Tetapi yang harus diberi keutamaan oleh anda, adalah 5 Perkara Pertama yang terfikir oleh anda.

*Tidak salah jika anda mempunyai lebih dari 5 matlamat. Tetapi harus melihat kepada kemampuan anda dan juga masa yang anda ada bagi mencapai matlamat anda*

Langkah 2

Senaraikan Matlamat Anda

Cara penetapan matlamat (Goal Setting) yang BETUL adalah menyenaraikan matlamat Anda dengan MENULIS di atas kertas,buku atau menaipnya di dalam komputer mengikut keselesaan anda.  Ini bertujuan bagi mengenal pasti,memahami serta ingat akan matlamat anda.  INGAT!! Bagi menjadikan- angan angan anda satu realiti harus mempunyai matlamat.  Setiap matlamat yang anda senaraikan, peratusan untuk ianya tercapai lebih tinggi jika dibandingkan matlamat yang hanya tertulis dalam fikiran anda.  Matlamat secara ringkasnya adalah hala tuju yang ingin ANDA capai di masa hadapan. Kajian secara umumnya bagi  kerjaya jualan apabila ditanya  perkara yang berkaitan dengan matlamat, 5 Perkara Pertama yang akan disenaraikan adalah seperti berikut.

  1. Meningkatkan pendapatan / jualan.
  2. Memantapkan lagi kemahiran sewaktu pembentangan dengan prospek.
  3. Mengetahui kemahiran berhadapan dengan pelanggan yang tidak dikenali.
  4. Senarai prospek yang lebih banyak untuk temujanji.
  5. Mempunyai kemahiran dalam pengurusan masa

Langkah 3

Masalah

Senaraikan masalah yang anda hadapi atau mungkin akan anda hadapi dalam proses mencapai matlamat anda. Contohnya,

  • Prospek sering membatalkan temujanji
  • Kekurangan prospek untukbuat temujanji
  • Sering tergagap sewaktu membuat pembentangan dengan pelanggan
  • Kekurangan pengetahuan menegani produk/perkhidmatan yang anda tawarkan
  • Kekurangan bahan bantuan untuk pembentangan yang cukup menarik serta menyakin prospek

Langkah 4

Penyelesaian

Setelah anda mengenal pasti matlamat dan juga masalah, senaraikan cara penyelesaian yang akan dan mungkin boleh membantu anda mencapai matlamat anda.  Beberapa contoh adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan pendapatan/jualan.
  • Membuat lebih banyak panggilan telefon bagi mendapatkan temujanji
  • Prospek yang berprofail tinggi atau berpendapatan tinggi
  • Berjumpa dengan pelanggan lama bagi mendapatkan senarai prospek baru.

           2.  Memantapkan lagi kemahiran sewaktu pembentangan dengan prospek.

  • Mengetahui kehendak/keperluan pelanggan bagi mengetahui produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk anda tawarkan pada mereka.
  • Mempunyai pengetahuan mengenai produk/perkhidmatan.
  • Menggunakan bahan bantuan untukpembentangan yang lebih menyakinkan dan berkesesuaian dengan profail prospek.

Langkah 5

Perancangan

Pada peringkat ini, anda telah mengetahui matlamat anda, masalah yang akan dan mungkin anda hadapai dan juga cara penyelesaian kepada masalah dalam mencapai matlamat anda.  Jadi proses seterusnya, anda senaraikan (Perancangan) bagi (Penyelesaian) untuk menyelesaikan (Masalah) dalam mencapai (MATLAMAT) anda. Contohnya,

1.       Meningkatkan pendapatan/jualan.

  • Dapatkan nombor telefon atau telefon bimbit dari surat khabar, kad nama, majalah periklanan,halaman web.
  • Menyertai persatuan dan kelab yang dianggotai oleh prospek berprofail tinggi
  • Senaraikan nama pelanggan sedai ada bagi rujukan nama untuk prospek baru.
  • Buat kaji selidik kepada pelanggan sedia ada mengenai produk/perkhidmatan yang mereka dapatkan dari anda, tidak mustahil mereka membeli atau tambahan. (BONUS di mana anda dapat jualan baru dari pelanggan sedia ada dan juga beberapa prospek yang mereka rujuk pada anda)

2.       Memantapkan lagi kemahiran sewaktu pembentangan dengan prospek.

  • Membuat kaji selidik terlebih dahulu mengenai prospek sebelum temujanji untuk pembentangan atau mendapatkan kepastian dari prospek dengan bertanyakan soalan soalan berkaitan.
  • Hadiri kelas latihan yang disediakan syarikat/agensi bagi memantapkan pengetahuan mengenai produk/perkhidmatan yang hendak ditawarkan kepada prospek.
  • Dapatkan bahan bahan pembentangan tambahan dan menarik dari syarikat/agensi
  • Meminta bantuan dari rakan sekerja atau penyelia sewaktu member pembentangan.

 

*Dalam proses Perancangan ini juga anda boleh senaraikan nama orang tertentu yang boleh membantu anda membuat  (Perancangan) kepada (Penyelesaian) untuk menyelesaikan (Masalah) bagi mencapai (MATLAMAT) anda.*

Langkah 6

Masa/Tempoh

Tahniah!! Anda hampir selesai membuat perancangan dalam proses menetapkan matlamat anda.  Langkah seterusnya, anda tetapkan MASA/TEMPOH bagi menjalankan semua perancangan di atas dan mencapai matlamat anda.  Masa/tempoh tersebut haruslah mengikut kesesuaian dengan anda dan juga logik serta mampu anda capai.

 Langkah 7

Praktik

Sekarang ANDA hampir kepada matlamat anda. Langkah terakhir ialah Anda boleh mulakan proses Penetapan Matlamat anda sekarang. Selamat mencuba.

 

 
 

One response to “PENETAPAN MATLAMAT

  1. Suti Dukan

    Jun 6, 2011 at 2:32 pm

    I totally agree with this.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: