RSS

Bone

4 types of bones, which one is yours?

* Wish Bones – who wish someone else would do work

* Jaw Bones – who talk a lot but do little else

* Knuckle Bones – who knock what everyone else does

* Back Bones – who get down and actually do the work

Gambar Hiasan

 

Adakah Anda Salah Seorang Dari Mereka?

Baru baru di dalam artikel Penetapan Matlamat kita berbicara mengenai langkah langkah yang sesuai mengenai cara membuat Penetapan matlamat ataupun dalam kata lain Goal Setting. Di dalam mana2 organisasi, pertubuhan, agensi mahupun syarikat membayar beribu ringgit malah puluhan ribu bagi memberi latihan dan seminar kepada pekerja, agen, serta kakitangan mereka untuk memberi kesedaran betapa pentingnya Penetapan Matlamat. Namun masih ada juga yang beranggapan bahawa mengetahui langkah langkah membuat penetapan matlamat tidak penting tetapi hanya cukup SEKADAR menetahui apa matlamat mereka.

Namun ada juga beranggapan menulis matlamat mereka hanya membuang masa. Kenal pasti rakan sekerja, agen dan orang sekeliling ANDA yang tidak mempunyai matlamat. Mereka adalah tergolong dalam

1. Orang yang takut gagal

• Golongan ini tergolong dalam kumpulan yang takut akan bayang bayang sendiri di mana takut akan kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan

•Golongan ini boleh dilihat apabila memberi seribu satu alasan apabila mahu berbuat sesuatu. Alasan yang selalunya diberi adalah ALASAN UNTUK GAGAL.

2. Tidak berdisiplin

• Tujuan Penetapan Matlamat adalah untuk Memastikan kita sentiasa FOKUS kepada matlamat dan membuat kita PEKA akan kedudukan prestasi semasa proses mencapai matlamat.

• Tidak Fokus dan Peka hanya akan membuat kita leka dan juga tidak berdisiplin

• Golongan ini boleh di lihat apabila segala ilmu, tunjuk ajar serta pengetahuan telah diberi namun masih tidak member komitmen apabila perlu.

3. Tidak bertanggungjawab

• Golongan ini jenis yang langsung TIDAK AMBIL PEDULI akan diri sendiri dan juga jenis yang suka memberi menyalahkan orang lain ketika GAGAL.

• Sehingga pada satu tahap golongan ini akan memburukan orang lain atas kegagalan mereka.

4. Tidak yakin akan diri sendiri

• Sentiasa memikirkan akan kegagalan sebelum mencuba adalah salah satu tabiat golongan ini.

•Golongan ini akan berputus asa pada peringkat yang paling awal dalam proses penetapan matlamat iaitu pada peringkat berbicara mengenai matlamat.

5. Terlalu yakin akan diri sendiri

• Golongan ini boleh dilihat pada peringkat awal dalam proses berbincang mengenai matlamat. Golongan ini sebenarnya mempunyai matlamat, iaitu MATLAMAT UNTUK GAGAL.

• Golongan ini juga termasuk dalam golongan yang tidak berdsiplin dan juga tidak bertanggungjawab. Read the rest of this entry »

 

Positive

To have positive outcomes you must have positive visions, work on positive goals and have a positive work ethic.

 

Hanya Peringatan

Tak perlu mcari scantik BALQIS,andai diri Tak sehebat SULAiMAN. Mengapa mengharapkn teman stampan YUSUF,jika kasih Tak stulus ZULAiKHA.Tak perLu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM,andai diri Tak sekuat SITI HAJAR. Dan mengapa idamkan teman hidup bak SITI KHADIJAH,kalau diri Tak sesempurna RASULULLAH. Terimalah kekuraagan itu sebagai keunikn,carilah kebaikan pada dirinya, Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.

 

PENETAPAN MATLAMAT

Matlamat adalah amat penting dalam karier jualan.  Jadi amat penting bagi setiap jurujual atau perunding dalam apa jua bidang mengetahui cara yang TEPAT di dalam membuat penetapan matlamat.  Matlamat amat penting kerana ia akan MENDIDIK kita agar lebih berdisiplin dan juga teratur dalam setiap perancangan sekarang mahupun di masa akan datang. Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa dengan mengetahui cara penetapan matlamat yang betul membantu ANDA menyelesaikan banyak masalah di dalam bidang jualan.  Itu akan terungkai dalam tips Konteks Kehidupan yang akan datang.  Tetapi sekarang kita akan berbicara mengenai Penetapan Matlamat atau Goal Setting

Berikut adalah proses bagi membuat Penetapan Matlamat – GOAL SETTING.

Langkah 1

Kenal Pasti Matlamat

Bagi mengetahui apa sebenarnya MATLAMAT utama dalam kehidupan anda, ianya adalah 5 Perkara Pertama yang boleh atau akan anda fikirkan apabila berbicara mengenai matlamat.  Sebab 5 Perkara Pertama yang muncul di fikiran anda adalah perkara yang sering bermain difikiran anda.  Anda boleh mempunyai lebih dari 5 matlamat.  Mungkin 6, 7, 8 atau lebih.  Tetapi yang harus diberi keutamaan oleh anda, adalah 5 Perkara Pertama yang terfikir oleh anda.

*Tidak salah jika anda mempunyai lebih dari 5 matlamat. Tetapi harus melihat kepada kemampuan anda dan juga masa yang anda ada bagi mencapai matlamat anda*

Langkah 2

Senaraikan Matlamat Anda

Cara penetapan matlamat (Goal Setting) yang BETUL adalah menyenaraikan matlamat Anda dengan MENULIS di atas kertas,buku atau menaipnya di dalam komputer mengikut keselesaan anda.  Ini bertujuan bagi mengenal pasti,memahami serta ingat akan matlamat anda.  INGAT!! Bagi menjadikan- angan angan anda satu realiti harus mempunyai matlamat.  Setiap matlamat yang anda senaraikan, peratusan untuk ianya tercapai lebih tinggi jika dibandingkan matlamat yang hanya tertulis dalam fikiran anda.  Matlamat secara ringkasnya adalah hala tuju yang ingin ANDA capai di masa hadapan. Kajian secara umumnya bagi  kerjaya jualan apabila ditanya  perkara yang berkaitan dengan matlamat, 5 Perkara Pertama yang akan disenaraikan adalah seperti berikut.

  1. Meningkatkan pendapatan / jualan.
  2. Memantapkan lagi kemahiran sewaktu pembentangan dengan prospek.
  3. Mengetahui kemahiran berhadapan dengan pelanggan yang tidak dikenali.
  4. Senarai prospek yang lebih banyak untuk temujanji.
  5. Mempunyai kemahiran dalam pengurusan masa

Langkah 3

Masalah

Senaraikan masalah yang anda hadapi atau mungkin akan anda hadapi dalam proses mencapai matlamat anda. Contohnya,

  • Prospek sering membatalkan temujanji
  • Kekurangan prospek untukbuat temujanji
  • Sering tergagap sewaktu membuat pembentangan dengan pelanggan
  • Kekurangan pengetahuan menegani produk/perkhidmatan yang anda tawarkan
  • Kekurangan bahan bantuan untuk pembentangan yang cukup menarik serta menyakin prospek

Langkah 4

Penyelesaian

Setelah anda mengenal pasti matlamat dan juga masalah, senaraikan cara penyelesaian yang akan dan mungkin boleh membantu anda mencapai matlamat anda.  Beberapa contoh adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan pendapatan/jualan.
  • Membuat lebih banyak panggilan telefon bagi mendapatkan temujanji
  • Prospek yang berprofail tinggi atau berpendapatan tinggi
  • Berjumpa dengan pelanggan lama bagi mendapatkan senarai prospek baru.

           2.  Memantapkan lagi kemahiran sewaktu pembentangan dengan prospek.

  • Mengetahui kehendak/keperluan pelanggan bagi mengetahui produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk anda tawarkan pada mereka.
  • Mempunyai pengetahuan mengenai produk/perkhidmatan.
  • Menggunakan bahan bantuan untukpembentangan yang lebih menyakinkan dan berkesesuaian dengan profail prospek.

Langkah 5

Perancangan

Pada peringkat ini, anda telah mengetahui matlamat anda, masalah yang akan dan mungkin anda hadapai dan juga cara penyelesaian kepada masalah dalam mencapai matlamat anda.  Jadi proses seterusnya, anda senaraikan (Perancangan) bagi (Penyelesaian) untuk menyelesaikan (Masalah) dalam mencapai (MATLAMAT) anda. Contohnya,

1.       Meningkatkan pendapatan/jualan.

  • Dapatkan nombor telefon atau telefon bimbit dari surat khabar, kad nama, majalah periklanan,halaman web.
  • Menyertai persatuan dan kelab yang dianggotai oleh prospek berprofail tinggi
  • Senaraikan nama pelanggan sedai ada bagi rujukan nama untuk prospek baru.
  • Buat kaji selidik kepada pelanggan sedia ada mengenai produk/perkhidmatan yang mereka dapatkan dari anda, tidak mustahil mereka membeli atau tambahan. (BONUS di mana anda dapat jualan baru dari pelanggan sedia ada dan juga beberapa prospek yang mereka rujuk pada anda)

2.       Memantapkan lagi kemahiran sewaktu pembentangan dengan prospek.

  • Membuat kaji selidik terlebih dahulu mengenai prospek sebelum temujanji untuk pembentangan atau mendapatkan kepastian dari prospek dengan bertanyakan soalan soalan berkaitan.
  • Hadiri kelas latihan yang disediakan syarikat/agensi bagi memantapkan pengetahuan mengenai produk/perkhidmatan yang hendak ditawarkan kepada prospek.
  • Dapatkan bahan bahan pembentangan tambahan dan menarik dari syarikat/agensi
  • Meminta bantuan dari rakan sekerja atau penyelia sewaktu member pembentangan.

 

*Dalam proses Perancangan ini juga anda boleh senaraikan nama orang tertentu yang boleh membantu anda membuat  (Perancangan) kepada (Penyelesaian) untuk menyelesaikan (Masalah) bagi mencapai (MATLAMAT) anda.*

Langkah 6

Masa/Tempoh

Tahniah!! Anda hampir selesai membuat perancangan dalam proses menetapkan matlamat anda.  Langkah seterusnya, anda tetapkan MASA/TEMPOH bagi menjalankan semua perancangan di atas dan mencapai matlamat anda.  Masa/tempoh tersebut haruslah mengikut kesesuaian dengan anda dan juga logik serta mampu anda capai.

 Langkah 7

Praktik

Sekarang ANDA hampir kepada matlamat anda. Langkah terakhir ialah Anda boleh mulakan proses Penetapan Matlamat anda sekarang. Selamat mencuba.

 

 
 

Matlamat Vs Angan Angan

Sebelum Addevcon menyiarkan artikel mengenai kaedah yang tepat untuk para pembaca membuat Penetapan Matlamat (Goal Setting), diharap artikel dibawah boleh memberi pemahaman kepada para pembaca mengenai matlamat dan juga angan angan.  Agar Anda dapat pastikan SEBENARNYA Anda mempunyai Matlamat ataupun Angan Angan.

Matlamat Vs Angan Angan

Penetapan matlamat atau halatuju (Goal Setting) sering dikaitkan dengan matlamat hidup ataupun azam bagi seorang Jurujual (salesperson) ataupun Perunding (Consultant).

Namun bagaimana untuk memastikan kita berjaya mencapai matlamat kita.  Seringkali kali kita terdengar Jurujual/Perunding gagal dalam kerjaya mereka kerana tidak mempunyai matlamat.  Dalam artikel sebelum ini bertajuk Matlamat, ada disebut mengenai matlamat dan juga angan angan. Apa bezanya matlamat dan juga angan angan?

Matlamat secara ringkasnya adalah sasaran kita yang mana akan memberi kejayaan dan juga kepuasan pada diri kita.Manakala angan angan pula adalah impian yang mana kita akan berangan untuk kita kecapi.

Matlamat

  • Memiliki kebebasan dalam kewangan
  • Memiliki kereta mewah
  • Mempunyai masa terluang untuk keluarga.

Angan Angan

  • Alangkah bagusnya kalau tidak dibebani hutang
  • Mesti seronok kalau memandu kereta idaman
  • Bahagianya hidup kalau dapat pergi bercuti dengan orang tersayang

Matlamat Atau Angan Angan



Kedua dua perkara ini sebenarnya membawa maksud yang berbeza tetapi berkait rapat.  Kerana demi mencapai ANGAN ANGAN kita harus mempunyai MATLAMAT. Jika tidak kita akan terus HIDUP berangan angan.

Seringkali apabila diajukan soalan samada kita mempunyai matlamat dalam hidup mahupun kerjaya, pastinya kita menjawab Ya Sudah Pasti!! Namun apabila diajukan soalan samada itu adalah MATLAMAT ataupun ANGAN ANGAN, kita tertanya tanya pula pada diri sendiri. Dan apabila ditanya apakah perancangan kita untuk mencapai matlamat tersebut, pelbagai  jawapan yang kita bagi.  Tetatpi persoalannya ialah, adakah itu PERANCANGAN ataupun CARA /KAEDAH yang kita BERANGAN nak guna pakai. Ataupun dalam kata lain “Kalau aku nak capai Matlamat (Angan Angan)AKU akan buat dengan cara begini”.  Harus kita sedar selagi ‘KALAU’ masih wujud dalam KONSEP KEHIDUPAN kita seharian itu hanyalah ANGAN ANGAN.  Untuk mencapai Matlamat masih jauh lagi perjalanannya

Tapi bagaimana untuk memastikan matlamat DAPAT dan MAMPU dicapai?  Bagi memastikan setiap Matlamat dalam kehidupan mahupun kerjaya, cara membuat perancangan PENETAPAN MATLAMAT (GOAL SETTING) haruslah betul dan teratur.

 

Matlamat Siri 1

Setiap kita mempunyai matlamat hidup. Tanpa matlamat, hidup memang tidak bermakna dan bukannya pegangan hidup bagi orang yang hendak berjaya. Jadi jika Anda telah Gagal sebelum ini, cuba fikir sejenak, tidak melampau jika dikatakan Anda tidak mempunyai matlamat.

Jika Anda berfikir selama ini Anda mempunyai MATLAMAT tetapi masih gagal, ada
dua sebab berkemungkinan Anda Gagal.

  1. Matlamat yang Anda katakan matlamat
    sebelum ini sebenarnya, hanya MIMPI dan juga ANGAN ANGAN
  2. Proses mencapai matlamat (Goal Setting)
    Anda salah.

Nantikan artikel  Addevcon yang akan datang bagi mengetahui cara yang tepat
bagi menetapkan Matlamat ANDA (Goal Setting)

Matlamat (Goals) dan juga Impian (Dream) adalah dua benda yang amat jauh bezanya. Jadi Anda tentukan Anda mumpunyai Matlamat @ Anda masih dalam Mimpi lagi? Matlamat?Anda tahu apa yg Anda perlu buat. Mimpi? Takpe terus je tidur n mimpi yang indah2………………Tanaka


 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.